Monday 18 March 2013

Resepi Ikan Bakar Oven Sedap

RESEPI IKAN BAKAR OVEN SEDAP


Pengenalan

Resepi Ikan Bakar Oven Sedap adalah sesuatu makanan laut yang dibakar dengan menggunakan arang masakan Indonesia, Malaysia atau negara-negara Asia Tenggara lain. Ikan bakar biasanya dihidangkan dengan pelbagai jenis rempah-ratus, sambal belacan dan kadang-kadang daun pisang di antara makanan laut. Ikan bakar merupakan sebuah hidangan ikan yang amat sedap dimakan dan paling digemari oleh kebanyakan masyarakat Malaysia.

Di samping itu, ikan bakar sesuai untuk menyelerakan masyarakat Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain. Orang Melayu pandai untuk menyediakan ikan bakar ini dengan kari atau sambal. Pelbagai jenis ikan akan menjadi kepilihan masyarat Malaysia untuk menyediakan makanan ini, seperti ikan bawal, ikan merah, ikan pari dan sebagainya.


Resepi Ikan Bakar Oven Sedap terkenal dengan keenakannya dan menjadi wajib kepada masyarakat sekarang. Ikan bakar sesuai dihidangkan kepada seisi keluarga dan mereka dapat menjamu selera dengan perasaan puas hati. Usaha orang ramai untuk membuatkan makanan ini lebih menarik perhatian berbanding dengan cara lama betul-betul akan lebih membuka selera.
Bahan-Bahan Resepi Ikan Bakar Sedap (3-4 orang)

Seekor ikan bersaiz besar (bawal/ merah/ pari), dilumur dengan sedikit garam dan asam jawa
(untuk hilangkan baunya)
Bawang Besar (dimayang)
Bawang Merah (dimayang)
Bawang Putih (diketuk)
Halia (diketuk)
Serai (diketuk)
Lengkuas (dimayang)
Cili kering (direndam dan dikisar dengan sedikit air)
Santan
Air Asam Jawa
Daun limau purut (dihiris)
Garam dan Gula Merah secukup rasa
Daun Pisang dan Aluminium Foil


 

Tips: Air Asam Jawa – ramas segumpal asam jawa dengan air yang masak. Buangkan biji-biji dan kulit asam dan ambil airnya sahaja. Mayangkan bawang besar, buah tomato dan hiriskan sehigga halus cilipadi. Masukkan semua dalam air asam dan campurkan sedikit gula secukup rasa.


 Bahan-Bahan untuk Kari
Serbuk kari Santan
7 ulas bawang merah
4 ulas bawah putih
Sedikit halia, lengkuas dan kunyit
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Minyak masak
Garam dan gula



Bahan-bahan untuk Sambal
Lada kering (direbus dan dicampur)
Bawang merah (dicampur)
Bawang putih (dicampur)
Belacan (ditumbuk)
Serai (diracik halus dan ditumbuk)
Garam, Gula dan Ajinomoto secukup rasa
Air asam jawa
Limau kasturi (untuk diperah di atas ikan yang telah dicurah sambal)




 Bahan-Bahan Kisar Halus
5 cili merah
5 cili kering
5 cili api
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
Garam secukup rasa




Cara-Cara untuk Menyediakan Resepi Ikan Bakar Oven Sedap

1) Tumis rempah-ratus. Semua bawang, halia, serai dan lengkuas dalam minyak yang panas sehingga keperangan.Panaskan dengan api yang sederhana dan sapukan sedikit minyak.
2) Masukkan cili kisar bila hampir layu. Kacau seketika dan masukkan air asam jawa.
3) Masak sehingga likat dan naik minyak.
4) Perasakan dengan garam dan gula merah secukup rasa.
5) Masukkan sedikit santan dan masak sehingga santan meresap dan hilang warna putihnya.
6) Lapikkan dulang pembakar dengan daun pisang atau aluminium foil.
7) Lumurkan sambal ke atas ikan dan bakar dalam oven sehingga masak.
8) Sesekali lumurkan lagi sambal. Lumurkan ikan dengan asam jawa dan garam.
9) Letakkan daun pisang di atas kuali leper.
10) Bakarkan ikan sehingga masak di kedua-dua belah ikannya.


Tips: Untuk membakar ikan saiz sederhana, biasanya dalam tempoh 30 minit ikan itu sudah siap dibakar atau siap dimasak untuk dihidangkan dan sedia untuk dimakan. Namun, kalau ikan yang dibakar saiznya agak besar seperti Ikan Siakap yang dipancing perlulah dilanjutkan selama 15 minit. Untuk mengenalpastikan isi ikan itu sudah masak, boleh memeriksa sama ada isinya sudah boleh bercerai dari tulang.




 Cara-Cara untuk Kari
 1) Bawang besar, bawang putih dan halia dicincang halus.
2) Kemudian tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.Panaskan kuali leper sebanyak 10 inci dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuari tersebut.
3) Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kemudian masukkan santan.
4) Masukkan isi (ikut citarasa masing-masing) dan biarkan sehingga masak.
5) Masak hingga agak pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.





 Cara-Cara untuk Sambal

1) Bawang besar, bawang putih dan halia dicincang halus. Campurkan lada kering, bawang merah dan bawang putih sehingga hancur.
2) Tumbukkan serai dan belacan sehingga serai lumat.
3) Tumiskan bahan tumbuk sehingga garing dan masukkan bahan campuran.
4) Tumiskan juga bahan yang dicampur tadi sehingga garing.
5) Masukkan air asam jawa sedikit.
6) Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa dan gaul rata semua bahan.
7) Bila sambal sudah nampak memekat, angkat dan curahkan sambal di atas ikan.
8) Letakkan limau kasturi yang dipotong hujungnya di atas sambal ikan.
9) Boleh dimakan bersama nasi putih atau nasi goreng.




Cara-Cara untuk Kisar

1) Panaskan minyak dan tumiskan bahanbahan kisar sehingga wangi dan naik minyak. Masukkan serai, garam dan air asam sekali.
2) Letakkan daun pisang di atas aluminium foil dan letak separuh sambal. Kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. Tutukan dengan daun pisang dan aluminium foil.
3) Bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua-dua bahagian.
4) Hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.


Ikan bakar biasanya disediakan di kedai-kedai makan tersohor atau medan ikan bakar yang selalu menjadi kunjugan ramai. Ikan bakar dapat menarik perhatian orang ramai untuk merasai disebabkan ikan bakar sangat enak dan lazat menjadikan resepi ikan bakar oven sedap ini juga boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi goreng sebagai makan malam.